Ahad, 11 Oktober 2015

Ayam Siam - Generasi ke-3 Selamat Ditetaskan. 10102015.

As salam semua....

Selamat berhari minggu. Pada hari ni, saya bekerja di showroom. Sementara menunggu customer datang ni.... kerana banyak masa, saya ambil kesempatan nak share sikit mengenai ayam siam generasi ke-3 saya. Hati saya sungguh teruja bila melihat anak-naknya yang cantik dan sangat-sangat comel. Agak menghairankan saya juga....walaupun ibu dan bapa ayam saya ni berwarna hitam kemerahan, tetapi berdasarkan warna pada anak ayam saya ni terdapat dua warna yang berbeza. Satu warna hitam bercampur putih dan satu lagi hitam bercampur agak kekuningan. saya mengjangkakan...akan terdapat warna yang lain selain hitam kemerahan bila besar nanti....sabar menunggu...hihi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan