Sabtu, 31 Oktober 2015

Emas - Faedah Menyimpan Emas


KELEBIHAN MENYIMPAN / PELABURAN EMAS DAN PERAK 

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu. Sabda Rasulullah "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan  boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" Riwayat Imam Ahmad ibnu Hanbal. 
 
2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas. Sejak dari zaman firaun lagi emas disukai oleh manusia sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kejayaan. Firaun membuat sebahagian peralatan istana daripada emas. Kita telah belajar sejarah bahawa kerajaan melayu lama Melaka telah menghantar mufti emas kepada kerajaan siam. Pada hari ini, manusia menyukai emas masih sama seperti dahulu malah ia juga dijadikan warna Di Raja bagi raja-raja Melayu..


Istana Negara  Jalan Duta Kuala Lumpur
Warna Di Raja kuning keemasan menunjukkan kekuasaan dan kemasyuran
Raja-raja Melayu

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik. Emas adalah logam berharga di mana harganya semakin naik dari tahun ke tahun. Oleh itu, kita harus memulakan pelaburan ini secepat mungkin supaya lagi lambat memulakannya lagi banyak kita akan rugi. 

Sejak 5 tahun lalu kenaikan harga emas secara purata ialah 220.75%. Ini bermakna kenaikan purata emas setahun ialah 44.2%.

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang. Anda boleh melihat simpanan emas bank-bank pusat dunia di www.gold.org

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam. Hukum jual beli emas yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah seperti di SINI

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat yang boleh disewa dengan kadar yang murah samada di bank-bank atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga.

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya 

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil. Apabila keadaan memerlukan, emas boleh digadai sekadar nilai yang diperlukan. atau ketika metlamat pelaburan kita telah tercapai seperti pelaburan emas untuk pelajaran anak, menunaikan haji, melancung dan sebagainya. 

Harian Metro Bertarikh 10 Oktober 2011
Seorang Ibu  Telah Menggunakan Pelaburan Emasnya Untuk
Tabung Pembelajaran Anaknya

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar. 

Tun Dr Mahathir Pernah Mengumpamakan Dolar Seperti Tisu Tandas

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi. Cuba bandingkan sekiranya kita menyimpan wang tunai sebanyak RM10,000 selama 10 tahun dengan kita menyimpan emas yang bernilai RM10,000 dalam tempoh yang sama. Setelah 10 tahun, kuasa membeli dengan nilai wang tersebut akan berkurangan berbanding nilai emas yang kita simpan 10 tahun.


25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank. Nak tahu bagaimana nak memaksimakan keuntungan pelaburan emas dengan menggunakan ArRahnu ?

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran atau maskahwin kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. 

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang 

Banyak lagi kelebihan emas dan perak. Bukan setakat apa yang dipaparkan di sini sahaja. 

Berminat untuk mengatahui lebih lanjut...

call/whatsapp

013-380 0506

Tiada ulasan:

Catat Ulasan